Tutorial: Scrollbar

Assalamualaikum and hello reader (s).

Kali nie saya nak buat tutorial scrollbar. 

Peringatan: Scrollbar ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Google Chrome sahaja ya. 



Firstly, korang kena buka korang punya Dashboard >> Template >> Edit HTML >> Proceed >> Tick "Expand Widget Templates" >> Ctrl + F then search code kat bawah nie.


/* Header

Lepas jumpa code kat atas nie, korang copy kat bawah nie and pastekan sebelum code diatas.


::-webkit-scrollbar {width:9px;height:7px;}::-webkit-scrollbar-button:start:decrement, ::-webkit-scrollbar-button:end:increment  {height:10px;width:2px;display:block;background:#575657;border:1px dotted #FFFFFF;}::-webkit-scrollbar-track-piece  {background-color:#575757;border:4px solid #FFFFFF;}::-webkit-scrollbar-thumb:vertical, ::-webkit-scrollbar-thumb:horizontal {background-color:#F599E1;border:1px solid #FFFFFF;}

Pilih warna yang korang suka. Code warna boleh cari >SINI<
Merah: Warna bahagian atas dan bawah
Biru: Warna scroll bar
Ungu: Ketebalan bahagian tengah-tengah tue.
Hijau: Warna bahagian tengah-tengah.

PREVIEW dulu. Kalau menjadi and takde error, boleh SAVE TEMPLATE.

Kisahnya

Assalamualaikum and hello reader (s).


Miss Marina Binti Jujih

Kisahnya waktu saya nak balik bercuti semester 8 November 2012 lepas lah.

Sebelum tue, keluar je jadual Final Exam terus pegi book tiket flight. Bukan dah kaya nak balik naik flight. Tapi sebabnya takda teman nak balik naik bas. Harga tiket bas Kuching-Mukah ialah RM65. Harga tiket flight Kuching-Mukah lak RM100+ je dah termasuk tax dia sekali. 

Kalau saya balik naik bas, pastinya saya beli tiket untuk 2 seat. Sebabnya? Sebabnya saya tak nak duduk dengan orang yang saya tak kenal. Mana tau kena ngan lelaki yang miang gatai duk sebelah tak ke naya tue. Seriously saya tak rela oke. 

So saya amik keputusan balik naik flight je la. Lagipun kalau naik flight hari tue jugak sampai ke rumah. Cuma beberapa jam je. Tapi kalau naik bas, mau 11 jam duk lam bas. Huish. Penat kot.

Oke kembali ke hari bermulanya cuti semester saya. 8 November tue last paper final exam saya. Actually hari sebelum tue tak belajar sangat pun. HAHA. Mentang-mentang kertas Lukisan Kejuruteraan.

Paper Lukisan Kejuruteraan tue bermula jam 9 pagi dan berakhir lam jam 11 camtu la. Barang sume dah packing. Beg luggage kecik je and beg galas je. Laptop pegang kat tangan je la. Beg galas dah penuh. huhu.

Exam pagi tue.. Nak cakap siap tu memang tak la walaupun soalan dia senang je sebenarnya. Saya jawab ketiga-tiga soalan yang disediakan. Tapi semua tak siap. HAHA. 

Alhamdulillah jawapan saya tue semua selamat di print. Saya rasa saya bertuah sebabnya, ramai student yang hantar kertas kosong je. Bukan sebab dorang tak jawab, dah siap pun dorang buat tapi komputer tue yang buat hal. Habis semua jawapan terpadam. Masa pulak dah habis. Kesian dorang. 

Harap-harap saya dapat lulus dengan cemerlang la untuk subjek nie sebabnya carry mark saya untuk subjek nie dah 55/60. 

Habis je exam saya dan housemate saya merangkap classmate saya pun balik la get ready nak pegi airport sebab kami sama-sama balik hari tue jugak. Sampai je kat airport tue saya check in dulu. Housemate saya tue dah check in awal dah. Sebab dia pakai Air Asia. Saya lak pakai MAS.

Part bestnye, housemate saya tue belanja makan. I heart you la kawan. haha. Ye la. masa tue dah saya dah sengkek dah. Wallet dah kering kot.

Jangan pulak salah anggap. Duit elaun saya tue bukan saya buat pegi joli sampai kering. Tapi dah kena tolak bayar sewa rumah, bil api air, booking hostel, tambang ulang alik ke kolej, tambang ke airport, makan hari-hari, tiket flight lagi. Banyak kena pakai duit. 

Yang sadisnya, boleh pulak saya sesat kat airport tue. Sebabnya nie kali pertama saya balik ke Mukah dari Kuching naik flight. Dah housemate saya tue cakap belok kanan, saya belok kanan la. tapi bila dah belok kanan tue, saya jadi blur. Mana ade jalan nak ke bawah dari sini. Aduhai. Nak call housemate tu pulak kredit tak cukup. 

Dah tue saya tebalkan muka pegi tanya pekerja kat situ. Bukan sekali tapi 2 kali dengan pekerja yang berlainan pulak tue. pertama pekerja kat tempat check tiket sebelum masuk pegi gate tue. Kedua tanya dekat pekerja kat kaunter.. eh kaunter untuk antarabangsa rasanya. Ish2. Orang cakap malu bertanya sesat jalan kan.

Alhamdulillah kali pertama tue saya masih blur tapi kali kedua tue baru saya tau rupanya saya sepatutnya belok kiri ikut houesemate saya tue. 

Tengok jam dah lambat dah. Terus saya tergesa-gesa pegi gate R yang paling hujung tue. Sampai depan gate tue saya tak tau macam mana nak masuk so saya duduk dulu kat depan gate tue. 

Sumber:Google

Tetibe, nama saya kena panggil daaaaa.. Siyes malu beb. Cepat-cepat saya pegi kaunter tue bagi tiket kat pekerja tue then dia suruh saya pegi ke kapal terbang yang paling kecik tue. Pastu saya lari la ke kapal terbang tue. Lari perlahan je. Takde la nak lari macam masuk belapan pun. haha. Nasib sempat naik flight.

Dalam flight tue sume penumpang sporting. Pilot lak dok berborak kat depan. Saya kat belakang tahan nak gelak je la dengar celoteh pilot tue.

Sampai kat airport Mukah, kakak saya yang datang amik saya. Masa amik saya tue kakak cite la ade ular masuk lam rumah sebelum kakak datang amik saya. Pastu kakak cite la yang ex saya datang nak jadi hero konon. Pastu nak offer amik saya kat airport bagai. *Tangan di dada, mata ke atas*

Peneman ke kolej.

Pasal kecoh sikit kat airport Kuching tue, saya tak salahkan housemate saya tue. 
Dia tak sengaja pun. ;-)

Oke. Sekian. Tu je lah kisahnya. Hehe 

Jaga hati jaga lidah

Assalamualaikum and hello reader (s).

Adorable kan?

Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

Contoh sahaja. Saya pakai simbol sebab tak sanggup nak taip perkataan-perkataan tak senonoh tue.

Pernah tak korang tengok orang dalam facebook mencarut? Sungguh tak elok di pandangan orang sekeliling. Jagalah tutur kata tue. Terutamanya kaum hawa. Tak molek tau. 

Habis semua nama binatang yang tak bersalah di sebut. Sampai benda dalam kain pun nak sebut. Ya Allah. Mana sifat MALU awak?

Tau tak..Sikap awak yang suka mencarut tue mencerminkan sikap buruk awak kat depan semua orang. Lebih kurang tunjuk aib sendiri la nie. Walau semarah mana pun awak, tak payah lah nak sampai mencarut pun. Berightifarlah.

Don't mix bad words with your bad mood. You'll have many opportunities to change your mood, but you'll never get opportunity to replace the words you spoke...

So nasihat saya, sebelum bercakap tue kenalah fikir dulu baik buruknya. Please connectkan otak awak dengan lidah awak supaya tutur kata awak tue boleh ditapis dan mencerminkan peribadi yang baik. 

"Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan dipelihara. Sucikanlah hatiku dari noda fitnah wahai Pengasih pada hamba-Nya yang mukmin."

The making of my new header

Assalamualaikum and hello reader (s).

Kali nie saya cuba edit blog saya sendiri and buat header saya sendiri.

Saya nak header yang simple but cute. So saya buat header saya ada satu doodle and tulisan yang simple je. Nampak kemas. Itu penting.




*klik gambar untuk tumbesaran gambar tersebut

It is in my mind..




I guess it is in my mind. But I often compress it, hide it and pretend it is not in my mind. When troubles coming in, then it starts to come up and I can’t hold it. Something is wrong with me. I know. I feel burdened, I feel sick, and I want to die. I really want to. I hate my life.


Hari melawat klinik


Assalamualaikum and hello reader (s).


7 September 2012 yang lalu dengan rasminya saya sebagai hari melawat klinik bersama housemate yang comey-comey belaka. 

Ape taknye. Dalam sehari je kami pergi ke 3 buah klinik yang berbeza di kawasan yang berbeza sebab 2 orang housemate saya ni tak sihat. 

Hari tue kiteorang sewa kereta untuk 1 hari. Pagi tue saya dan Linda (housemate saya) ada kelas tuisyen Financial Accounting II dari jam 8.30 pagi hingga jam 10 pagi. Jam 10 pagi pulak kereta sewa sampai kat kolej. Actually petang tue saya dan Linda ada kelas tapi lecturer sick leave. Hoorayy! haha ! 

Kak Ika (housemate saya jugak) pulak ade test dan kelas pagi tue. Petang tue pun dia ada kelas. Chung (pun housemate saya) pulak ikut comunity service pagi tue. Chung ada ajak saya join sekali tapi saya ada kelas tuisyen pagi tue so tak dapat la nak join sekaki. Kak Lyn pulak balik rumah dia kat Samarahan.

So yang join hari melawat klinik nie cuma saya, Linda, Kak Ika dan Chung je. 

Tengah hari baru kami bertolak ke klinik yang pertama iaitu Klinik Kotaraya di Demak Laut. Yang jadi drivernye Kak Ika la sebab dia lebih cekap bawak kereta manual. Nak harapkan saya? Tak payah la. Dah hampir setahun saya tak bawak kereta. Linda pulak baru je dapat lesen kereta dan tak biasa bawak kereta manual. Tapi kalau bagi kereta Auto memang dia la yang jadi drivernye.

Kak Ika berposing di kaunter Klinik Kotaraya
Yang tak sihat nie sebenarnya Kak Ika dan Linda je. Saya dan Chung escort je. Ingatkan kat klinik nie doktornya perempuan tapi rupanya doktor lelaki. Lepas buat pemeriksaan dan amik ubat, kiteorang pun pegi la kat Medan Hamidah. Lapar kot. Tentunya KFC menjadi pilihan hati. ;-)

Seterusnya kami teruskan pencarian klinik ke Satok. Tapi klinik sakit puan yang kami cari tutup pulak hari tue. So kami pun teruskan perjalanan ke Bandar Baru Semariang. Chung nak gunting rambut pulak. *Berenang sambil minum air* Lepas selesai kami pun balik ke rumah sewa sebab hari pun dah nak gelap. Kami pun nak bersihkan diri and so on. 

Lepas berehat, dalam jam 7 malam kami teruskan lagi lawatan ke klinik kami. Kali nie kami pergi ke Klinik Bustari yang tak jauh dari kolej kami. 

Comey-comey kan ? 

Masuk je klinik tue.. WOW (!) Eh Eh... Nie betul ke klinik?? Wangi siot. Takda bau ubat tau. Rasa macam jalan kat tingkat pertama Parkson Kuching je bahagian minyak wangi lelaki. xD 

Kak Ika and me @Klinik Bustari

Pekerja kat klinik tue pun semuanye peramah belaka. Suke suke suke (!) xD

Kali nie cuma Linda yang buat pemeriksaan. Doktor suruh Linda pergi buat pemeriksaan kat klinik kat Satok pulak. Kena scan.

So lepas amik ubat dan buat pembayaran, kami pun meneruskan perjalanan ke Satok sekali lagi. Kali nie di Klinik Sharifah Ehsan. Klinik nie terletak di bangunan hadapan Wisma Satok.

Chung and Linda @Klinik Sharifah Ehsan

Dalam klinik tue ada beberapa orang yang tengah menunggu untuk buat pemeriksaan. Lepas tunggu beberapa minit, nama Linda dipanggil. Kami yang lain tunggu di luar bilik pemeriksaan je. Tak lama lepas tue Linda keluar dari bilik pemeriksaan. Lepas amik ubat dan buat pembayaran kami pun balik rumah sewa..

Berakhirlah hari melawat klinik kami. Wasalam.

Result Semester 2

Assalamualaikum and hello reader (s).



Dah agak lama rasanya saya tak update blog. Nie pun saya baru je unprivatekan blog saya sebab saya nak renovate blog saya nie. anddddddd..... TADAAAAA! Blog saya dah berubah wajah. :face71:


Post terakhir saya sebelum nie saya ade ceritakan tentang result semester 2 yang dah keluar. 

Omaigosh! :face27:

Tapi... Seperti yang dijankakan... Result yang saya dapat semester 2 lepas tak mencapai target yang saya dah tetapkan. Kuciwanya saya ..:y:


Tapi...Ape-ape pun... Alhamdullillah pointer maintain dalam lingkungan 3 pointer and meningkat sedikit la.



My Result (!)


  • Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka  Allah  meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya,
  • Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka Allah menguji kesabaranmu,
  • Jika ALLAH SWT tidak memakbulkan doamu, maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu 
p/s: Bangganya rasa dapat A subjek Financial Accounting I (!) :face44:

Worried about exam results??

Assalamualaikum and hello reader (s).


Sumber: Google
Exam result dah keluar. Tapi sekarang nie tengah cuti semester. Bosan gile kot cuti lame lame macam nie. Dari hujung bulan 4 hingga bulan 7. pergh. :face25:


Sekarang nie tengah cuti so takde maknenye la saya nak buang duit ulang alik ke Kuching dari Mukah semata-mata nak amik result kan. Tambang bas pun bukannye murah kan. Tapi ada dua option yang pihak kolej bagi kat kiteorang. :face65:


1 Call pihak kolej kalau nak tau result kiteorang.


2 Tunggu masa daftar semester baru nanti baru boleh tengok sendiri result tue.


Ramai yang suruh saya call pihak kolej tapi saya tak nak. Itu keputusan saya.


Nape saya tak nak call pihak kolej? Tengok title entry pun dah tau an. Of coz I'm worried about my exam result. Ape taknye. dalam kelas saya nie asyik tido je (hobi kot). Sejak dari zaman sekolah dulu dah asyik tido dalam kelas je. Ape la kan. :face63:


Sumber: Google
Final exam hari tue pun nak kate study hard study smart memang tak la kan. Ntah ntah dapat result macam sampah. -.-'


Paling saya takutkan pointer merundum jatuh keba boom. =.="


Kawan saya yang lagi pandai daripada saya pun dapat 2 pointer above je. Dah la die tak tido dalam kelas macam saya. Fokus dalam kelas. hah! Ambik kau! Tido la lagi dalam kelas.


So saya wat keputusan nak tengok sendiri result tue time daftar semester baru bulan 7 nanti. Sekurang-kurangnya saya dapat tengok sendiri. Mungkin saya akan frust menongeng tengok result saya tue nanti tapi sekurang-kurangnya saya dah bersedia la sikit nak menghadapi kenyataan tue kan. huh. dup dap dup dap...


Menanti bulan 7 menjelang tibe... :face31:


Sekian. Wasalam.

sedapnya ulat ini. yum yum

Assalamualaikum and hello reader(s).


Ingatkan semalam nak update blog tapi saya penat sangat kot. hihi


Semalam kakak saya ajak pegi kampung ayah. dah lama kot saya tak pegi kampung ayah jenguk mak cik kat kampung. ye la kan. baru dapat cuti semester.




Dah sampai kat kampung, mak long plak ajak pegi cari siet. tak tau siet tu ape? siet tu sejenis ulat yang boleh didapati di dalam batang pokok rumbia. dikenali juga sebagai ulat mulong. 


tak nak cite banyak. cer tengok je la gambar-gambar ni ye.. lets picture tell everything =P



ulat mulong dalam batang pokok rumbia

pemandangan di tepi sungai ;)

ulat mulong dalam kepompong. 



ulat mulong ni saya pegang hidup-hidup aw.

kepompongnya dibuka. kesian



and last but not least..


saya memang tak geli ngan ulat mulong ni sebab dari kecik dah pegang benda ni. saya kan budak comot. hihi. ape ape pun takde ape pun nak digelikan dengan ulat mulong ni ha. orang cakap ulat ni sedap. tapi saya sendiri tak makan ulat nie. 


dan...


Bagi yang beragama Islam. Adalah haram makan ulat mulong ni ya. =)


sekian. wasalam.

My 2nd doodle

Assalamualaikum dan hello reader(s).
Nie 2nd doodle yang Mia try buat. Fuh. Jenuh nak buat benda alah ni. haha ! Saya budak baru belajar >.<




Wasalam.

My 1st doodle

Assalamualaikum and hello reader(s).


Mia dah lame dah nak try wat doodle guna Paint Tool SAI. So akhirnya berjaya jugak. *weeeee. happynye !


Actually Mia ikut tutorial melukis doodle di sini dan mewarna doodle di sini.




p/s: amacam? cukup pink tak? sekurang-kurangnye ade gak my fav colour lam doodle ni. blue blue ! >.<


Nak bagitau Mia dah dapat wat doodle je pun. * macam ayam bertelur sebiji, kecoh sekampung. erk. betol tak peribahasa nie ek. huahuahua


Tu je pun..Wasalam...

Pemilik Cintaku !

Assalamualaikum and hello reader (s).


Waktu mengikuti program mara hujung tahun lepas, saya tinggal beberapa hari di hostel. Rasa bosan sememangnya tak dapat dibendung. So saya lepak la dalam surau kat hostel. Tempat kegemaran saya sebab tempat tue yang paling tenang yang saya rasakan sejak saya menjejakkan kaki di kolej. Saya cari buku-buku yang ustaz Mueez sediakan dalam surau tue. tapi tak jumpa. Saya cari lagi. terjumpa sebuah buku. "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". 




Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.


Seriously, air mata saya mengalir tika membaca buku nie.


Saya sedih kerana saya tidak dapat menikmati nikmat yang dinikmati wanita dalam buku tue. Saya sedih kerana saya tidak memiliki keimanan yang tinggi seperti wanita itu. Tapi saya bersyukur saya masih punya iman dan berpeluang untuk berubah. 


p/s: alangkah bertuahnya beliau. . .


kbai. Wasalam

Blogku berwajah baru ;)

Akhirnya setelah sekian lamanya. . . blog Bicara Mia berwajah baru. Dah bersawang agaknya blog saya ni sebab dah lame tak di"update" dan di"upgrade". huhu


Thank you very much to Kak Sue. editkan blog saya sampai cute macam nie ^^
Love it. >_<