Assignment Operation Management Part 1

Assalamualaikum and hello reader (s).

Baru-baru nie saya dan kumpulan saya kena buat assignment. Kiteorang kena buat lawatan ke kilang atau ape-ape organisasi.
Kami memilih Dayang Salhah Food Industries Sdn. Bhd. Berikut adalah laporannya.

Zon pemprosesan kek
Tengah temu bual Encik Sufian
Sample kek lapis yang disediakan.
Encik Sufian tengah memberi penerangan.
Kek lapis sudah siap dibungkus.
Me and Linda tengah tekun menyalin maklumat yang diperolehi.


1.0 Pengenalan


Dayang Salhah Food Industrues Sdn. Bhd. merupakan antara pengeluar kek lapis Sarawak yang terkenal bukan sahaja di Sarawak malah di Sabah, Semenanjung Malaysia bahkan ke Negara jiran, Brunei dan Singgapura.. Kek lapis keluaran Dayang Salhah Food Industries Sdn. Bhd. bukan saja terkenal dengan kualiti kek yang terjamin keenakkannya, malahan juga menawarkan harga yang terendah di pasaran berbanding dengan pengeluar kek lapis Sarawak yang lain.

 Pusat pemasaran Kek Lapis Sarawak masih lagi beroperasi di NO 40, Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak 1997 iaitu terletak di tebingan sungai Sarawak berhadapan dengan Hotel Magherita yang merupakan kawasan yang dikenali sebagai ‘Segitiga Emas’ disebabkan kedudukan strategik untuk para pelancong. Keistimewaan kedai Kek Lapis Sarawak di Kampung Gersik ialah ia turut menyediakan layanan istimewa kepada semua pengunjung dengan sajian jamuan ringan dan merasa Kek Lapis Sarawak buatan Dayang Salhah sepuas-puasnya. 

Selain itu, syarikat Dayang Salhah Enterprise juga mengadakan perkhidmatan penghantaran terus tempahan kek lapis ke destinasi yang dikehendaki oleh palanggan dan pelancong. Malah di kedainya, beliau menyediakan pameran dan jualan yang luas untuk para pengunjung memilih lebih 53 jenis kek lapis pelbagai corak dan rasa di mana beliau sentiasa menambah baik kualiti kek di samping memperbanyak jenisnya. Istimewanya lagi, kedai ini turut menyediakan dan membolehkan ‘Dapur Kek Lapis Sarawak‘ di Kampung Gersik yang boleh dilawati serta dilihat dengan mata sendiri oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui semua proses penghasilan kek lapis Sarawak. 

Walaupun berjaya dengan memiliki dua buah kilang, namun Dayang Salhah tetap memberikan tumpuan khas kepada dua keluarannya iaitu kek lapis Sarawak dan Swiss Roll. Hari ini, jenama beliau, Kek Lapis Dayang Salhah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan serta penggemar Kek Lapis Sarawak termasuk pelancong asing di negara-negara jiran seperti Brunei Darussalam, Filifina, Indonesia, dan Singapura.

1.1 CARTA ORGANISASI



1.2 LATAR BELAKANG PENGASAS DAYANG SALHAH FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.


Usaha Dayang Salhah telah melayakkan beliau merangkul Anugerah Peladang Jaya Wanita sempena Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak pada 2 Ogos 2010.

Dayang Salhah memulakan projek Kek Lapis Sara-wak secara kecil-kecilan di rumahnya sendiri di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak tahun 1997.

Untuk mempelbagaikan hasilnya, selain membuat Kek Lapis Sarawak, beliau juga turut membuat ‘Swiss Roll’. Pada awalnya, Dayang Salhah hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang membantunya dan kebanyakan mereka dari kalangan ahli keluarga dan saudara mara, sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan.

Suri rumah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Gersik, Petra Jaya, Kuching dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Openg, Petra Jaya, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Unit 059 Bandaraya di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuching sejak Ogos 2002 dengan number keahlian 4300.

Beliau yang kini mempunyai RM110.00 saham di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuching amat berterima kasih kepada PPK Kuching kerana telah banyak membantu beliau dalam pelaksanaan projek kek lapis tersebut sama ada dari segi nasihat, bimbingan dan juga kewangan hingga beliau mampu berdikari.

1.3 SEJARAH PENUBUHAN

Di awal penubuhan Dayang Salhah Food Industries Sdn. Bhd. ini iaitu pada tahun 1997, pada asalnya kek lapis berasal daripada Indonesia. Pengasas Dayang Salhah Food Industries Sdn. Bhd. telah memdapat ilham untuk membuat kek lapis di Sarawak.

Dayang Salhah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermula tahun 1990 dengan menjual kuih tradisional dan kek lapis. Apabila tiba hari perayaan, beliau akan menerima tempahan kek lapis. Semakin lama, kek lapis mendapat sambutan yang mengalakkan. Oleh kerana tidak mampu lagi untuk menampung permintaan yang terlalu banyak kerana kurangnya tenaga kerja. Pada mulanya, beliau hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang terdiri daripada keluarganya sendiri kemudian beliau menambah tenaga kerjanya dikalangan  jiran tetangganya untuk memenuhi permintaan terhadap kek lapis tersebut. Bermula dengan 7 orang ke 14 orang dan lama-kelamaan, semakin ramai sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan.

Selepas sembilan tahun berkecimpung sebagai usahawan kek lapis dari rumah sendiri, Dayang Salhah akhirnya berjaya menubuhkan sebuah syarikat milik dirinya sendiri iaitu ‘Dayang Salhah Enterprise’ pada 19 Mei 2006 untuk meluaskan perniagaannya dengan menumpukan kepada jualan kek lapis.

Beliau mula mencipta resepi yang dinamakan Kek Lapis Sarawak yang mempunyai rasa dan jenis yang berbeza serta corak yang menarik dan pelbagai.

Hari ini, ‘Dayang Salhah Enterprise’ mempunyai dua kilang yang terletak di Industries MARA(KIM) di Lot 1191 dan 1192, Blok 7, Estet Perindustrian Demak Laut di Jalan Bako Kuching dan di SMI Industrial Park, Demak Laut, Blok 8, Muara Tebas juga di Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching.

2.0 LOGO, MISI DAN VISI

2.1 LOGO


Ini ialah logo pertama Dayang Salhah Enterprise. Logo ini digunakan sejak tahun 1997 lagi.




Ini pula merupakan logo kedua setelah Dayang Salhah Enterprise bertukar kepada Dayang Salhah Food Industrues Sdn. Bhd. pada tahun 2012.




Logo Dayang Salhah Food Industrues Sdn. Bhd. ditukar lagi untuk kali ketiga pada tahun 2012 juga dan berkemungkinan akan mengekalkan logo ini untuk masa akan datang.

2.2 MISI

Misi syarikat adalah untuk menyediakan produk yang bersih, selamat untuk dimakan dan mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

2.3 VISI

Visi syarikat Dayang Salhah Food Industrues Sdn. Bhd. Untuk menjadi role model dan salah satu pembekal kek lapis terbesar di Malaysia.




updated: Minta maaf sangat sangat sebab tak dapat nak publish part 2 disebabkan dokumen nie dah hilang, laptop rosak. maaf ye :)