Kisahnya

Assalamualaikum and hello reader (s).


Miss Marina Binti Jujih

Kisahnya waktu saya nak balik bercuti semester 8 November 2012 lepas lah.

Sebelum tue, keluar je jadual Final Exam terus pegi book tiket flight. Bukan dah kaya nak balik naik flight. Tapi sebabnya takda teman nak balik naik bas. Harga tiket bas Kuching-Mukah ialah RM65. Harga tiket flight Kuching-Mukah lak RM100+ je dah termasuk tax dia sekali. 

Kalau saya balik naik bas, pastinya saya beli tiket untuk 2 seat. Sebabnya? Sebabnya saya tak nak duduk dengan orang yang saya tak kenal. Mana tau kena ngan lelaki yang miang gatai duk sebelah tak ke naya tue. Seriously saya tak rela oke. 

So saya amik keputusan balik naik flight je la. Lagipun kalau naik flight hari tue jugak sampai ke rumah. Cuma beberapa jam je. Tapi kalau naik bas, mau 11 jam duk lam bas. Huish. Penat kot.

Oke kembali ke hari bermulanya cuti semester saya. 8 November tue last paper final exam saya. Actually hari sebelum tue tak belajar sangat pun. HAHA. Mentang-mentang kertas Lukisan Kejuruteraan.

Paper Lukisan Kejuruteraan tue bermula jam 9 pagi dan berakhir lam jam 11 camtu la. Barang sume dah packing. Beg luggage kecik je and beg galas je. Laptop pegang kat tangan je la. Beg galas dah penuh. huhu.

Exam pagi tue.. Nak cakap siap tu memang tak la walaupun soalan dia senang je sebenarnya. Saya jawab ketiga-tiga soalan yang disediakan. Tapi semua tak siap. HAHA. 

Alhamdulillah jawapan saya tue semua selamat di print. Saya rasa saya bertuah sebabnya, ramai student yang hantar kertas kosong je. Bukan sebab dorang tak jawab, dah siap pun dorang buat tapi komputer tue yang buat hal. Habis semua jawapan terpadam. Masa pulak dah habis. Kesian dorang. 

Harap-harap saya dapat lulus dengan cemerlang la untuk subjek nie sebabnya carry mark saya untuk subjek nie dah 55/60. 

Habis je exam saya dan housemate saya merangkap classmate saya pun balik la get ready nak pegi airport sebab kami sama-sama balik hari tue jugak. Sampai je kat airport tue saya check in dulu. Housemate saya tue dah check in awal dah. Sebab dia pakai Air Asia. Saya lak pakai MAS.

Part bestnye, housemate saya tue belanja makan. I heart you la kawan. haha. Ye la. masa tue dah saya dah sengkek dah. Wallet dah kering kot.

Jangan pulak salah anggap. Duit elaun saya tue bukan saya buat pegi joli sampai kering. Tapi dah kena tolak bayar sewa rumah, bil api air, booking hostel, tambang ulang alik ke kolej, tambang ke airport, makan hari-hari, tiket flight lagi. Banyak kena pakai duit. 

Yang sadisnya, boleh pulak saya sesat kat airport tue. Sebabnya nie kali pertama saya balik ke Mukah dari Kuching naik flight. Dah housemate saya tue cakap belok kanan, saya belok kanan la. tapi bila dah belok kanan tue, saya jadi blur. Mana ade jalan nak ke bawah dari sini. Aduhai. Nak call housemate tu pulak kredit tak cukup. 

Dah tue saya tebalkan muka pegi tanya pekerja kat situ. Bukan sekali tapi 2 kali dengan pekerja yang berlainan pulak tue. pertama pekerja kat tempat check tiket sebelum masuk pegi gate tue. Kedua tanya dekat pekerja kat kaunter.. eh kaunter untuk antarabangsa rasanya. Ish2. Orang cakap malu bertanya sesat jalan kan.

Alhamdulillah kali pertama tue saya masih blur tapi kali kedua tue baru saya tau rupanya saya sepatutnya belok kiri ikut houesemate saya tue. 

Tengok jam dah lambat dah. Terus saya tergesa-gesa pegi gate R yang paling hujung tue. Sampai depan gate tue saya tak tau macam mana nak masuk so saya duduk dulu kat depan gate tue. 

Sumber:Google

Tetibe, nama saya kena panggil daaaaa.. Siyes malu beb. Cepat-cepat saya pegi kaunter tue bagi tiket kat pekerja tue then dia suruh saya pegi ke kapal terbang yang paling kecik tue. Pastu saya lari la ke kapal terbang tue. Lari perlahan je. Takde la nak lari macam masuk belapan pun. haha. Nasib sempat naik flight.

Dalam flight tue sume penumpang sporting. Pilot lak dok berborak kat depan. Saya kat belakang tahan nak gelak je la dengar celoteh pilot tue.

Sampai kat airport Mukah, kakak saya yang datang amik saya. Masa amik saya tue kakak cite la ade ular masuk lam rumah sebelum kakak datang amik saya. Pastu kakak cite la yang ex saya datang nak jadi hero konon. Pastu nak offer amik saya kat airport bagai. *Tangan di dada, mata ke atas*

Peneman ke kolej.

Pasal kecoh sikit kat airport Kuching tue, saya tak salahkan housemate saya tue. 
Dia tak sengaja pun. ;-)

Oke. Sekian. Tu je lah kisahnya. Hehe 

Jaga hati jaga lidah

Assalamualaikum and hello reader (s).

Adorable kan?

Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

Contoh sahaja. Saya pakai simbol sebab tak sanggup nak taip perkataan-perkataan tak senonoh tue.

Pernah tak korang tengok orang dalam facebook mencarut? Sungguh tak elok di pandangan orang sekeliling. Jagalah tutur kata tue. Terutamanya kaum hawa. Tak molek tau. 

Habis semua nama binatang yang tak bersalah di sebut. Sampai benda dalam kain pun nak sebut. Ya Allah. Mana sifat MALU awak?

Tau tak..Sikap awak yang suka mencarut tue mencerminkan sikap buruk awak kat depan semua orang. Lebih kurang tunjuk aib sendiri la nie. Walau semarah mana pun awak, tak payah lah nak sampai mencarut pun. Berightifarlah.

Don't mix bad words with your bad mood. You'll have many opportunities to change your mood, but you'll never get opportunity to replace the words you spoke...

So nasihat saya, sebelum bercakap tue kenalah fikir dulu baik buruknya. Please connectkan otak awak dengan lidah awak supaya tutur kata awak tue boleh ditapis dan mencerminkan peribadi yang baik. 

"Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan dipelihara. Sucikanlah hatiku dari noda fitnah wahai Pengasih pada hamba-Nya yang mukmin."

The making of my new header

Assalamualaikum and hello reader (s).

Kali nie saya cuba edit blog saya sendiri and buat header saya sendiri.

Saya nak header yang simple but cute. So saya buat header saya ada satu doodle and tulisan yang simple je. Nampak kemas. Itu penting.




*klik gambar untuk tumbesaran gambar tersebut