Adorable kan? |
Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Contoh sahaja. Saya pakai simbol sebab tak sanggup nak taip perkataan-perkataan tak senonoh tue. |
Pernah tak korang tengok orang dalam facebook mencarut? Sungguh tak elok di pandangan orang sekeliling. Jagalah tutur kata tue. Terutamanya kaum hawa. Tak molek tau.
Habis semua nama binatang yang tak bersalah di sebut. Sampai benda dalam kain pun nak sebut. Ya Allah. Mana sifat MALU awak?
Tau tak..Sikap awak yang suka mencarut tue mencerminkan sikap buruk awak kat depan semua orang. Lebih kurang tunjuk aib sendiri la nie. Walau semarah mana pun awak, tak payah lah nak sampai mencarut pun. Berightifarlah.
Don't mix bad words with your bad mood. You'll have many opportunities to change your mood, but you'll never get opportunity to replace the words you spoke...
So nasihat saya, sebelum bercakap tue kenalah fikir dulu baik buruknya. Please connectkan otak awak dengan lidah awak supaya tutur kata awak tue boleh ditapis dan mencerminkan peribadi yang baik.
"Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan dipelihara. Sucikanlah hatiku dari noda fitnah wahai Pengasih pada hamba-Nya yang mukmin."
No comments:
Post a Comment