Kehidupan ini ibarat rama-rama




Rama-rama lambang kehidupan. Setelah beberapa lama ia dalam kepompong, ia akan bersusah payah keluar. Selepas itu, terbang bebas dan memukau pandangan dengan keindahan dan lemah gemalai kepaknya. 

Ada saintis yang cuba memudahkan ia keluar dengan mengunting kepompongnya. Rama-rama yang dibantu keluar ini lembik dan tidak berdaya terbang. Akhirnya mati. 

Samalah dengan kehidupan yang kita lalui. Merasai susah payah akan lebih membuat kita kuat dan tabah.