How it became..

Assalamualaikum and hello reader (s) yang disayangi.



Nama saya Marina. Dari mana pulak datangnya Mia tu? Persoalan nie acap kali dah saya dapat.

Sebenarnya saya dapat nama Mia nie kerana blog Bicara Mia nie. Di awal saya mulakan blog nie, saya tercari cari nama untuk saya jadikan nama untuk blog saya nie. Dijadikan cerita, saya buntu lalu jalan mudahnya saya google saja la nickname yang sesuai dengan nama saya, Marina.

And then I found that Mia is a kinda cute name. As cute as me. hehe. So I decided nak guna nama nie untuk blog saya yang comel nie. Blog dah comel, nama blog pun comel, tuan punya blog lagi la comel. haha. mohon jangan kecam saya. 


Bagaimana pulak nama Mia jadi nama panggilan saya pula sampai sekarang nie? Ini pulak bermula ketika saya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Ketika itu, drama series MARIMAR yang dibintangi oleh Marian Rivera mendapat sambutan ramai. Tak pernah tengok? Pergi google sendiri ya. hehe

Sejak saya menjejakkan kaki di Kolej tue, setiap kali saya memperkenalkan diri saya sebagai MARINA, tak tahu kenapa, dorang akan automatically nyanyi MARIMAR~~

Tambahan pula, ketika minggu Orientasi pula kami diwajibkan mengenakan nametag besar gedabak. Ada seorang abang fasi nie pulak, setiap kali dia nampak nametag saya, automatically dia akan nyanyi MARIMAR~~ jugak. Alahai. 

So saya decided saya akan perkenalkan diri saya sebagai Mia. Sampai sekarang, kenalan saya ketika di zaman Diploma semuanya panggil saya Mia. Apabila dah masuk zaman Degree nie pulak, saya lebih senang perkenalkan diri saya sebagai Marina, nama yang ayah berikan kepada saya sejak saya lahir. Begitu lah ceritanya.