Hari melawat klinik


Assalamualaikum and hello reader (s).


7 September 2012 yang lalu dengan rasminya saya sebagai hari melawat klinik bersama housemate yang comey-comey belaka. 

Ape taknye. Dalam sehari je kami pergi ke 3 buah klinik yang berbeza di kawasan yang berbeza sebab 2 orang housemate saya ni tak sihat. 

Hari tue kiteorang sewa kereta untuk 1 hari. Pagi tue saya dan Linda (housemate saya) ada kelas tuisyen Financial Accounting II dari jam 8.30 pagi hingga jam 10 pagi. Jam 10 pagi pulak kereta sewa sampai kat kolej. Actually petang tue saya dan Linda ada kelas tapi lecturer sick leave. Hoorayy! haha ! 

Kak Ika (housemate saya jugak) pulak ade test dan kelas pagi tue. Petang tue pun dia ada kelas. Chung (pun housemate saya) pulak ikut comunity service pagi tue. Chung ada ajak saya join sekali tapi saya ada kelas tuisyen pagi tue so tak dapat la nak join sekaki. Kak Lyn pulak balik rumah dia kat Samarahan.

So yang join hari melawat klinik nie cuma saya, Linda, Kak Ika dan Chung je. 

Tengah hari baru kami bertolak ke klinik yang pertama iaitu Klinik Kotaraya di Demak Laut. Yang jadi drivernye Kak Ika la sebab dia lebih cekap bawak kereta manual. Nak harapkan saya? Tak payah la. Dah hampir setahun saya tak bawak kereta. Linda pulak baru je dapat lesen kereta dan tak biasa bawak kereta manual. Tapi kalau bagi kereta Auto memang dia la yang jadi drivernye.

Kak Ika berposing di kaunter Klinik Kotaraya
Yang tak sihat nie sebenarnya Kak Ika dan Linda je. Saya dan Chung escort je. Ingatkan kat klinik nie doktornya perempuan tapi rupanya doktor lelaki. Lepas buat pemeriksaan dan amik ubat, kiteorang pun pegi la kat Medan Hamidah. Lapar kot. Tentunya KFC menjadi pilihan hati. ;-)

Seterusnya kami teruskan pencarian klinik ke Satok. Tapi klinik sakit puan yang kami cari tutup pulak hari tue. So kami pun teruskan perjalanan ke Bandar Baru Semariang. Chung nak gunting rambut pulak. *Berenang sambil minum air* Lepas selesai kami pun balik ke rumah sewa sebab hari pun dah nak gelap. Kami pun nak bersihkan diri and so on. 

Lepas berehat, dalam jam 7 malam kami teruskan lagi lawatan ke klinik kami. Kali nie kami pergi ke Klinik Bustari yang tak jauh dari kolej kami. 

Comey-comey kan ? 

Masuk je klinik tue.. WOW (!) Eh Eh... Nie betul ke klinik?? Wangi siot. Takda bau ubat tau. Rasa macam jalan kat tingkat pertama Parkson Kuching je bahagian minyak wangi lelaki. xD 

Kak Ika and me @Klinik Bustari

Pekerja kat klinik tue pun semuanye peramah belaka. Suke suke suke (!) xD

Kali nie cuma Linda yang buat pemeriksaan. Doktor suruh Linda pergi buat pemeriksaan kat klinik kat Satok pulak. Kena scan.

So lepas amik ubat dan buat pembayaran, kami pun meneruskan perjalanan ke Satok sekali lagi. Kali nie di Klinik Sharifah Ehsan. Klinik nie terletak di bangunan hadapan Wisma Satok.

Chung and Linda @Klinik Sharifah Ehsan

Dalam klinik tue ada beberapa orang yang tengah menunggu untuk buat pemeriksaan. Lepas tunggu beberapa minit, nama Linda dipanggil. Kami yang lain tunggu di luar bilik pemeriksaan je. Tak lama lepas tue Linda keluar dari bilik pemeriksaan. Lepas amik ubat dan buat pembayaran kami pun balik rumah sewa..

Berakhirlah hari melawat klinik kami. Wasalam.

3 comments:

HazmanShaman said...

yea...chung..!!!long time no see lha...kim salam jhk chung nh ea....kim salam classmath ehhehe

HazmanShaman said...

yeeaaaaa....chung.!!!long time no see....lama dah tk cakap kenyah sama kamu..ahahha...mia...pdgh jhk cyen kim salam classmath ea.?hehehhe