Sekiranya anda seseorang yang suka kutuk mengutuk orang nie saya doakan anda dapat membuang jauh-jauh sifat tue dan anda juga mendoakan saya tidak terjebak dalam kutuk mengutuk orang nie.
Kita kadangkala dalam sedar dan tidak menghina fizikal orang lain. Perkataan gemuk, pendek, buruk dan sebagainya merupakan kata-kata hinaan yang sering diluahkan. Mungkin kita tak sedar bila menyebut perkataan-perkataan berikut. Bila terkena kat batang hidung sendiri, sedih kan??
Semua orang ada hati dan perasaan. hati mana yang tak sedih apabila dihina, dikutuk begitu? Sedarkah kita yang dikutuk tue merupakan ciptaan Allah taala?
Perbuatan ini merupakan budaya jahiliyah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.
Firman Allah:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim"
[49:11]
Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji"
[104:1]
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk.
Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat "Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."
Semoga kita bersama-sama berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah ini kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara.
Firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah"
[49:10]
Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya:
Maksudnya: "Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"
Sekadar nasihat dan renungan bersama. semoga sama-sama kita muhasabah diri.
Reference: http://www.al-azim.com/masjid/khutbah26.html
No comments:
Post a Comment