Sepanjang 1 semester di Technology College Sarawak (TCS)



Assalamualaikum dan salam sejahtera. ^_^

Sepuluh jari saya susun memohan kemaafan. sudah agak lama blog saya ni terbiar. agaknya dah bersawang kot..huhu. by the way. saya nak cer citer perjalanan aktiviti saya sepanjang semester 1 di TCS college.

Peringatan: Entri ini sangat panjang.

6 Jun 2011

Saya melapor diri di Hostel TCS college, Demak Laut, Kuching Sarawak. Saya melapor diri agak lewat kerna saya perlu membuka akaun CIMB bank. Ini kerana pihak kolej mengkehendaki semua pelajar mempunyai akaun CIMB bank. Hal ini bagi memudahkan kami sekiranya kami mendapat bantuan pinjaman MARA. 


Setibanya saya dan keluarga saya di hostel, saya pun melapor diri. Saya menghubungi seorang kawan saya yang terlebih dahulu mendaftar di TCS college, Sofia. Setelah mendapat kunci loker, bantal, sarung bantal, cadar dan selimut, Sofia menunjukkan bilik saya. Bilik saya berupa sebuah dorm dan 2 buah bilik yang dapat memuatkan 4 orang pelajar. 


Hari pertama saya masih tidak berkomunikasi dengan roomate saya. Mereka berusaha bertegur sapa dengan saya tapi saya menjawab dengan ala kadar saya. Saya masih cuba menyesuaikan diri. Al maklum la pertama kali berjauhan dengan family. Mau seminggu dua jugak la berteman dengan air mata mengenangkan family yang jauh di mata tapi dekat dihati. Akan tetapi, lama kelamaan saya semakin dapat menyesuaikan diri dan semakin mendekatkan diridengan pencipta. Hanya Dia tempat saya mengadu. ^^


8 Jun 2011


New Student induction. Minggu orentasi. Pengalaman yang sungguh menarik!! 2 minggu pertama hanya briefing dari pihak kolej. 2 minggu lagi orentasi bersama student council. Fasi-fasi sporting, tegas, friendly dan bersemangat waja*comel-comel,cantik-cantik,hensem-hensem.huhu. 


Team BOLEH!!
@Pantai Pasir Panjang, Kuching


Teamwork BOLEH TEAM!


Intake June


Kotak beracun


Amazing Race. BOLEH TEAM won!!

3 Julai 2011


Culture Night! Malam culture night ni kami pelajar intake bulan Jun membuat persembahan. Kumpulan saya membuat persembahan tarian Ngajat. Persembahan kami yang paling teruk bagi saya kerna kurang kerjasama dalam kumpulan semasa persiapan membuat persembahan. tidak seperti dalam aktiviti lain sewaktu orentasi. Kami sangat berkerjasama antara satu sama lain. by the way kumpulan saya dapat hampers besar kerna memenangi Amazing Race sewaktu orentasi. ^_^


its me!


We won!!


Thanks Fasi ^^
4 Julai 2011


Short Course. Kelas pengukuhan . Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya kumpulan 1. Ia seperti kelas biasa. tiada apa-apa yang menarik. 


11 Julai 2011


Semester 1 bermula.! Saya amik 7 subjek. iaitu TITAS, Pengenalan Psikologi Industri, Prinsip Pengurusan, Pengantar Mikroekonomi, Business Mathematics, English Proficiency dan Public Speaking.Saya berada dalam kelas MT1D.

15 Julai 2011


Program Perkampungan Generasi Khalifah (PGK) di Pasir Panjang, Kuching yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKEPIS). Saya mengikuti program ini kerna saya salah seorang AJK Surau TCS College dalam Badan Dakwah TCS college. Saya sangat gembira kerna ini pertama kali saya mengikuti Kem. Pertama kali dalam hidup saya!! sungguh saya excited! ehehe. . . 


Solat ditepi pantai Pasir Panjang
Kumpulan Nasyid On-Stage




Yaya kena tanam ^^




Teamwork!


we!


20 Julai 2011


Majlis Perpisahan Abang Rudie. Abang Rudie ialah senior saya. Dia seorang yang baik, peramah, mudah senyum, comel..ehe. Abang Rudie orang Sabah. 21 Julai 2011 Abang Rudie akan berangkat ke Sabah. Majlis Perpisahan Abang Rudie dianjurkan Badan Dakwah TCS College..erk..agaknya la..haha..

Me and Abg Rudie


mempersembahkan kepada Abg Rudie







23 Julai 2011


30-Hour Fermine Camp Hunger for Health. Kem kedua saya! Kem ini pun sangat menarik. Kem ini berlangsung di TCS College. Sepanjang kem ini, kami berlapar dan hanya minum air kosong. Banyak aktiviti yang menarik dijalankan seperti blanket name game, alive at five dan banyak lagi. Terdapat aktiviti yang mencabar dan mengajar kami bagaimana masyarakat di India, Indonesia, Japan, Loas, Myanmar, Malaysia, North Korea, Thailand and those impacted by the Horn of Africa Dought and Hunger Crisis berjuang untuk meneruskan kehidupan. Seriously memang susah. Saya dapat bayangkan bagaimana kesusahan yang dialami oleh masyarakat-masyarakat tersebut. 


Me and Cynthia


Blanket name game


Ogos 2011


Tazkirah pertama. Pertama kali kami AJK baru Badan Dakwah TCS College menganjurkan Tazkirah Bulan Ramadhan. Kami semua bekerjasama dan Tazkirah pertama kami berjalan dengan lancar. ^^

6 Ogos 2011


Ceramah Ramadhan di Islamic Information Centre (IIC), Kuching. Kumpulan Nasyid Hawary membuat persembahan dan ceramah dari Ustaz Azmi seorang penceramah yang sempoi. 


Hawary


7 Ogos 2011


Program Wanita Solehah yang dianjurkan oleh PERKEPIS. Semua pelajar perempuan Islam di hostel mengikuti aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan memenuhi masa terluang di hujung minggu pelajar di hostel dalam bulan Ramadan.








September 2011


Tazkirah kedua. Lebih kurang sama seperti Tazkirah Pertama. Semuanya berjalan dengan lancar.

10 September 2011

Malam Ramah Tamah Aidilfitri. Setiap bilik menyedia juadah hari raya di dataran ilmu, hostel tcs college.


*kaki tu aurat. 











24 September 2011
Comunity Service. Donation for animal. Semua pelajar semester 1 mesti membuat khidmat masyarakat. Sebenarnya banyak aktiviti comunity service yang dianjurkan oleh pihak kolej tapi cuma aktiviti ini yang sempat saya sertai bersama rakan-rakan.dalam aktiviti ini kami melawat Sarawak Society for the preventing of cruelty to animals (SSPCA)-Animal Shelter & Adoption Center. Tempat ini menenpatkan kucing-kucing terbiar dan anjing-anjing terbiar dan yang menghidap penyakit. Ada juga anjing yang menghidapi kancer yang teruk. Akan tetapi setelah dirawat, anjing tersebut beransur pulih. Rawatan tersebut memakan belanja yang banyak. Di samping melawat, kami menderma dan mengutip sampah disekitar kawasan tersebut. Pengalaman yang menarik ^^








Oktober 2011


Tazkirah Ketiga. Lebih kurang sama seperti Tazkirah Pertama dan Kedua. semuanya berjalan dengan lancar juga.


14 Oktober 2011


Kem Ibadah. Kem ini dianjurkan oleh Badan Dakwah TCS Colege. Kem ini menarik sangat. lain dari yang lain. Melalui kem ni saya hafal separuh lagu Hambamu. Serius kem ni menarik.


1 November 2011


Final Exam!!! 1 November 2011 hingga 12 November 2011. Usaha, doa dan tawakal. 





Sekian.Terima kasih kerana sudi baca sampai habis ^^

4 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum...aunty nk tnye..spjg bljr kt tcs tu pe yg ok dn x ok..mksudnya hostel...prskitaran...ttg yuran per sem..btul ke rm4000

Unknown said...

Walaikumsalam aunty. sepanjang study kat sini ok2 saja. walaupun ada jugak yang xoknya. biasa lah kan. mana2 tempat pun pasti ada kelebihan dan kekurangannya. pasal yuran tue memang betul la rm4000 per semester. itu pun cuma yuran pengajian. kat sini kami ada menganjurkan pelbagai aktiviti untuk student mengisi masa terluang mereka.

kalau kat hostel, student ada disediakan dapur untuk memasak. loker untuk simpan brg dapur ada disediakan utk disewa. tv room untuk student tengok tv. study room disediakan untuk student belajar. jam 11 malam semua pelajar kena tutup lampu di bilik. tapi kalau hari jumaat dan sabtu jam 12 malam. masa tutup lampu sama dengan masa gate hostel ditutup.

Anonymous said...

Hi, anak buah sy dpt offer dr kolej ni. Nak tya. Adskah yuran tu nanti dibiayai sendiri, atau ada pembiayaan dr ptptn ke, mara ke? Of course la kemudian hr kena byr balik. Cuma tiap sem tu kite akan byr sendiri ke?

Unknown said...

hi, boleh memohon pinjaman pendidikan ptptn atau mara. pihak kolej akan bantu uruskan. saya menerima pinjaman pendidikan dari mara. klu xsilap saya nanti bila pinjaman di luluskan dan dah dpt duit tu bru byr. nanti pihak kolej akan maklumkan. boleh berhubung dengan finance department. kalau dapat mara, mara akan bagi duit yuran, elaun sara hidup dan lain2. bila dah graduate boleh minta pengurangan bayaran balik. :)