Sepanjang 1 semester di Technology College Sarawak (TCS)



Assalamualaikum dan salam sejahtera. ^_^

Sepuluh jari saya susun memohan kemaafan. sudah agak lama blog saya ni terbiar. agaknya dah bersawang kot..huhu. by the way. saya nak cer citer perjalanan aktiviti saya sepanjang semester 1 di TCS college.

Peringatan: Entri ini sangat panjang.

6 Jun 2011

Saya melapor diri di Hostel TCS college, Demak Laut, Kuching Sarawak. Saya melapor diri agak lewat kerna saya perlu membuka akaun CIMB bank. Ini kerana pihak kolej mengkehendaki semua pelajar mempunyai akaun CIMB bank. Hal ini bagi memudahkan kami sekiranya kami mendapat bantuan pinjaman MARA. 


Setibanya saya dan keluarga saya di hostel, saya pun melapor diri. Saya menghubungi seorang kawan saya yang terlebih dahulu mendaftar di TCS college, Sofia. Setelah mendapat kunci loker, bantal, sarung bantal, cadar dan selimut, Sofia menunjukkan bilik saya. Bilik saya berupa sebuah dorm dan 2 buah bilik yang dapat memuatkan 4 orang pelajar. 


Hari pertama saya masih tidak berkomunikasi dengan roomate saya. Mereka berusaha bertegur sapa dengan saya tapi saya menjawab dengan ala kadar saya. Saya masih cuba menyesuaikan diri. Al maklum la pertama kali berjauhan dengan family. Mau seminggu dua jugak la berteman dengan air mata mengenangkan family yang jauh di mata tapi dekat dihati. Akan tetapi, lama kelamaan saya semakin dapat menyesuaikan diri dan semakin mendekatkan diridengan pencipta. Hanya Dia tempat saya mengadu. ^^


8 Jun 2011


New Student induction. Minggu orentasi. Pengalaman yang sungguh menarik!! 2 minggu pertama hanya briefing dari pihak kolej. 2 minggu lagi orentasi bersama student council. Fasi-fasi sporting, tegas, friendly dan bersemangat waja*comel-comel,cantik-cantik,hensem-hensem.huhu. 


Team BOLEH!!
@Pantai Pasir Panjang, Kuching


Teamwork BOLEH TEAM!


Intake June


Kotak beracun


Amazing Race. BOLEH TEAM won!!

3 Julai 2011


Culture Night! Malam culture night ni kami pelajar intake bulan Jun membuat persembahan. Kumpulan saya membuat persembahan tarian Ngajat. Persembahan kami yang paling teruk bagi saya kerna kurang kerjasama dalam kumpulan semasa persiapan membuat persembahan. tidak seperti dalam aktiviti lain sewaktu orentasi. Kami sangat berkerjasama antara satu sama lain. by the way kumpulan saya dapat hampers besar kerna memenangi Amazing Race sewaktu orentasi. ^_^


its me!


We won!!


Thanks Fasi ^^
4 Julai 2011


Short Course. Kelas pengukuhan . Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya kumpulan 1. Ia seperti kelas biasa. tiada apa-apa yang menarik. 


11 Julai 2011


Semester 1 bermula.! Saya amik 7 subjek. iaitu TITAS, Pengenalan Psikologi Industri, Prinsip Pengurusan, Pengantar Mikroekonomi, Business Mathematics, English Proficiency dan Public Speaking.Saya berada dalam kelas MT1D.

15 Julai 2011


Program Perkampungan Generasi Khalifah (PGK) di Pasir Panjang, Kuching yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKEPIS). Saya mengikuti program ini kerna saya salah seorang AJK Surau TCS College dalam Badan Dakwah TCS college. Saya sangat gembira kerna ini pertama kali saya mengikuti Kem. Pertama kali dalam hidup saya!! sungguh saya excited! ehehe. . . 


Solat ditepi pantai Pasir Panjang
Kumpulan Nasyid On-Stage




Yaya kena tanam ^^




Teamwork!


we!


20 Julai 2011


Majlis Perpisahan Abang Rudie. Abang Rudie ialah senior saya. Dia seorang yang baik, peramah, mudah senyum, comel..ehe. Abang Rudie orang Sabah. 21 Julai 2011 Abang Rudie akan berangkat ke Sabah. Majlis Perpisahan Abang Rudie dianjurkan Badan Dakwah TCS College..erk..agaknya la..haha..

Me and Abg Rudie


mempersembahkan kepada Abg Rudie







23 Julai 2011


30-Hour Fermine Camp Hunger for Health. Kem kedua saya! Kem ini pun sangat menarik. Kem ini berlangsung di TCS College. Sepanjang kem ini, kami berlapar dan hanya minum air kosong. Banyak aktiviti yang menarik dijalankan seperti blanket name game, alive at five dan banyak lagi. Terdapat aktiviti yang mencabar dan mengajar kami bagaimana masyarakat di India, Indonesia, Japan, Loas, Myanmar, Malaysia, North Korea, Thailand and those impacted by the Horn of Africa Dought and Hunger Crisis berjuang untuk meneruskan kehidupan. Seriously memang susah. Saya dapat bayangkan bagaimana kesusahan yang dialami oleh masyarakat-masyarakat tersebut. 


Me and Cynthia


Blanket name game


Ogos 2011


Tazkirah pertama. Pertama kali kami AJK baru Badan Dakwah TCS College menganjurkan Tazkirah Bulan Ramadhan. Kami semua bekerjasama dan Tazkirah pertama kami berjalan dengan lancar. ^^

6 Ogos 2011


Ceramah Ramadhan di Islamic Information Centre (IIC), Kuching. Kumpulan Nasyid Hawary membuat persembahan dan ceramah dari Ustaz Azmi seorang penceramah yang sempoi. 


Hawary


7 Ogos 2011


Program Wanita Solehah yang dianjurkan oleh PERKEPIS. Semua pelajar perempuan Islam di hostel mengikuti aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan memenuhi masa terluang di hujung minggu pelajar di hostel dalam bulan Ramadan.








September 2011


Tazkirah kedua. Lebih kurang sama seperti Tazkirah Pertama. Semuanya berjalan dengan lancar.

10 September 2011

Malam Ramah Tamah Aidilfitri. Setiap bilik menyedia juadah hari raya di dataran ilmu, hostel tcs college.


*kaki tu aurat. 











24 September 2011
Comunity Service. Donation for animal. Semua pelajar semester 1 mesti membuat khidmat masyarakat. Sebenarnya banyak aktiviti comunity service yang dianjurkan oleh pihak kolej tapi cuma aktiviti ini yang sempat saya sertai bersama rakan-rakan.dalam aktiviti ini kami melawat Sarawak Society for the preventing of cruelty to animals (SSPCA)-Animal Shelter & Adoption Center. Tempat ini menenpatkan kucing-kucing terbiar dan anjing-anjing terbiar dan yang menghidap penyakit. Ada juga anjing yang menghidapi kancer yang teruk. Akan tetapi setelah dirawat, anjing tersebut beransur pulih. Rawatan tersebut memakan belanja yang banyak. Di samping melawat, kami menderma dan mengutip sampah disekitar kawasan tersebut. Pengalaman yang menarik ^^








Oktober 2011


Tazkirah Ketiga. Lebih kurang sama seperti Tazkirah Pertama dan Kedua. semuanya berjalan dengan lancar juga.


14 Oktober 2011


Kem Ibadah. Kem ini dianjurkan oleh Badan Dakwah TCS Colege. Kem ini menarik sangat. lain dari yang lain. Melalui kem ni saya hafal separuh lagu Hambamu. Serius kem ni menarik.


1 November 2011


Final Exam!!! 1 November 2011 hingga 12 November 2011. Usaha, doa dan tawakal. 





Sekian.Terima kasih kerana sudi baca sampai habis ^^

sambung study...

setelah lama menghilang..kini saya berblogging lagi dalam blog Bicara Mia.. saya nak mintak maaf sesangat sebab dah lama tak reply message kat shoutbox.. sebenarnya saya dah lama tak bukak blog Bicara Mia nie..almaklumlah fikiran tengah bercelaru.. so takde mood langsung nak berblogging.. i'm so sorry all..


please forgive me :(
back to the topic..


disebabkan tidak mendapat mana-mana tawaran melalui UPU, saya dah wat keputusan untuk masuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kat Kuching, Sarawak..




UTM kat Kuching??mane ade kan..oke la..actually yang nie usahasama antara Twintech College Sarawak dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)..


saya dapat tawaran kemasukan mengikut program diploma kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kolej Teknologi Sarawak untuk sesi 2011 semester 1.


Kursus: Diploma pengurusan teknologi (A1291)
Tempoh pengajian: 3 tahun (6 semester)
Pengiktirafan: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Darul Takzim dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Tarikh melapor diri: 6 Jun 2011-7 Jun 2011
Tarikh Orentasi: 8 Jun 2011-24 Jun 2011
Kelas pengukuhan bermula: 27 Jun 2011
Kelas bermula: 11 Julai 2011


Tue je la kot.. 


For more information.. click here


ade jugak kawan saya yang dah lapor diri bulan april yang lepas.. dia kate best jugak kat sane..ok la tue kan.. ini la jugak peluang untuk saya berjauhan dengan keluarga saya.. sebab saya tak pernah berjauhan dengan keluarga..ini la masanya saya nak berdikari kan..


excited pulak..harap semuanya berjalan dengan lancar.. amin..

Best ke tinggal kat kampung?

Hellow readers sume..korang rasa best ke tinggal kat kampung nie?


Bagi Mia tinggal kat kampung nie kadang-kadang best dan kadang-kadang tak best..huhu


Halaman depan rumah kat kampung ayah Mia..
Kampung ayah Mia nie tak la jauh sangat dari rumah Mia. masih dalam area Mukah. kampung ayah Mia agak jauh dari bandar Mukah. so kat sini takde la banyak sangat kemajuan. jalannya pun tak teruk. korang mesti akan http://www.emocutez.com. hahaha


sekarang nie Mak Long dan Mak Ngah Mia je yang tinggal dan jaga rumah tu. Mak cik Mia kat kampung nie banyak benda mereka buat. mereka tanam balik pokok-pokok yang dah musnah akibat banjir tahun lepas. mereka menternak ayam dan itik. dan macam-macam lagi la..


Reban ayam. kat sebelah reban nie pulak reban itik.
*Mia nak makan ayam ngan itik nie..sembelih sembelih. miahahaha*


Mia selalu tinggal kat kampung nie waktu Mia kecik dulu. kadang-kadang dengan sepupu-sepupu Mia jugak.. adik beradik Mia pun ada..tapi kadang-kadang Mia kena tinggal sorang-sorang kat sini dengan mak cik-mak cik dan nenek Mia.http://www.emocutez.com *sedih woo..macam kena buang..sob sob sob*


okeyh la. 


Yang tak bestnya tinggal kat kampung nie ialah:


PhotobucketTakde kawan bermain.. Mia tak bercampur sangat dengan budak kat kampung nie..sebab Mia pun jarang nampak budak-budak kat kampung nie. sememangnya Mia kesunyian dowh..!


PhotobucketWaktu malam rasa seram semacam je..ape tak nya. belakang rumah tu hutan..haha


PhotobucketBanyak anjing dowh..nak keluar dari kawasan rumah pun takut..sana sini anjing.


tu je la kot..haha


Yang bestnya tinggal kat kampung nie pulak ialah:


PhotobucketDapat hirup udara segar. pastu dapat mandi sungai and mandi air telaga. best wo mandi air telaga. nak nak awal-awal pagi..syok abis la.


Kat situ la telaga tue dulu. tapi sekarang dah bersemak samun.. sebab tak dijaga.
PhotobucketDapat makan makanan yang segar-segar ngan makanan tradisional sekali.*kampung la katakan*


PhotobucketKadang-kadang waktu malam Mia ngan sepupu-sepupu Mia ikut mak cik-makcik Mia pegi tangkap udang kat sungai..best tau..ramai jugak la yang pegi tangkap udang malam-malam.


PhotobucketBoleh masuk hutan. kutip buah-buahan dan paku pakis.. boleh panjat-panjat pokok. kalau masuk hutan awal-awal pagi lagi bagus.dapat jugak la buat amal jariah. menderma darah kepada nyamuk-nyamuk yang kelaparan..hahaha


PhotobucketBoleh buat kerja-kerja kampung. contohnya, bercucuk tanam, jaga ayam itik dan lain-lain..heeee


lagi banyak yang best-best..tapi dah lupa..haha


gambar untuk tatapan..


kampung ayah..
tempat memanggang..
pondok nie Mia pernah bakar waktu Mia kecik dulu.haha..akibat daripada tidak diawasi oleh orang dewasa..kanak-kanak riang ini bersuka ria bermain api then kababum..pondok tue terbakar abis..hahaha..tengok pondok tue dah terbakar..ape lagi..sembunyi la..hahaha*kenakalanku terserlah*


Kadang-kadang Mia pun mandi kat...




p/s: waktu Mia kecik-kecik dulu...*memang comot giler*