Aku tak cantik tapi aku...

Assalamualaikum and hello reader (s).


Korang rasa, korang cantik? Cantik itu subjektif. Cantik itu hanya luaran. Bla bla bla. Hoho..

Prinsip aku senang, cantik itu tidak menyakitkan mata, telinga dan hati.

Orang yang bersederhana pun cantik. Malah lebih cantik dari orang yang berlebih-lebih.

Contohnya:

Cantik Fizikal

"Amboii, lawanya awek tu. Muka lawa, body mantap! Perghh~"

Salah satu impression dari kaum Adam yang memang pantang tengok awek cun. Hahaha...orang yang dalam kategori ni, memang sukar dinafikan mendapat banyak perhatian. Malah, sampai diorang ni fed up dengan perhatian yang diberi. Sampaikan terasa diri di stalk. Kasihan...kecantikan fizikal adalah satu anugerah. Seeloknya di jaga dan pelihara dari jerawat batu dan obesiti dan fitnah dunia.

Fitnah dunia ni ada macam-macam. Jadi silalah berwaspada.

Kadang-kadang, orang yang tahu dia adalah spesis kategori cantik ni juga ada perangai-perangai tertentu. Seperti perasan diva, bajet bagus, bahasa kasar dan lain-lain. Haa....inilah yang buat orang yang cantik fizikal tu, tidak cantik lagi. Inilah yang aku maksudkan dengan berlebih-lebih. Walaupun dengan hanya memuji diri sendiri ketika melihat cermin, itu adalah riak.

Ketika inilah, ramai orang berkata, kecantikan luaran itu hanya sementara.


Cantik Nurani

"Wah..alimnya kakak tu. Tengok tu, auratnya terjaga!"

Aku mudah terpedaya juga dengan kategori ni. Bila aku lihat semuanya hafizah-hafizah dan mempelajari jurusan-jurusan syariah, ulum, dan lain-lain, aku jadi rendah diri. Dalam hati terdetik, bagusnya mereka ni. Pasti mereka ni sangat sesuai dijadikan calon isteri! Bagaimanapun, mereka juga harus mengamalkan apa yang dipelajari.

Kalau tak, sia-sialah belajar segala-galanya tentang Islam yang indah, tapi tak mengamalkannya.

Cuma segelintir yang akan terpesong. Eh, bunyi lain macam je. Maksud aku, luarannya tidak menunjukkan hatinya. Berpurdah, menghafal Quran, malangnya mengumpat, mencaci, menfitnah dan memperkecil orang-orang lain disekeliling mereka yang tidak berpakaian seperti mereka. Inilah contoh orang-orang yang tidak cantik lagi nuraninya. Sikap meninggi diri kerana ilmu yang ada di dada tidak teraplikasi sepenuhnya.

Silalah ikut resam padi, makin berisi makin tunduk ke bumi. *betul ke peribahasa aku ni?*


Cantik Perbuatan

"Alahai!! Elok jadi menantu mak ni, Zam oiii!"

Lembut tutur kata, lemah gemalai jalannya, keayuannya buat ramai yang terpesona. Bila dia melirik, aduhhh..macam ada panah cinta menikam hati. Terus jatuh cintalah konon! Siap gigit-gigit jari lagi bila di usik jejaka indonesia kampung sebelah. Sebaiknya, kita orang perempuan mestilah ada pendirian sikit.

Kalau tak, jadi lalanglah. Sekejap meliuk ke sini. Sekejap meliuk ke sinun.

Janganlah sampai ter'over'. Terlebih-lebih sangat kontrol ayunya. Sampai sudah jalan kaki tertinggal sebatu kat belakang. Lepas tu bukan main susah nak dengar dia cakap apa. Satu butir pun tak dengar. Bunyi kipas laptop aku lagi kuat kot. Nak bukak mulut untuk makan pun susah. Sudu tak muat masuk sebab kontrol ayu sangat. Adoiila...

Jadilah diri sendiri, bukan apa yang kita ingat orang suka kita jadi. *pening kepala aku dengan ayat ni...huhu*

Biarlah kita cuma bersederhana dalam apa-apa pun. Merendah diri tu satu sifat terpuji. Sebabnya, tak semua orang suka kalau kita over. Hatta dalam berblog pun, kalau awak tu cantik, tapi merendah diri..mesti orang pun rasa awak cantik. Tapi, kalau dalam blog awak sibuk kutuk orang je, semua orang buat tak betul, padahal awak sendiri buat, mesti orang dah boleh agak rupa wajah awak macam mana.

Huhu...3 tu yang paling common lah kita jumpa.

p/s: Credit to cik Nadia 

Pesan Cik Mia: Orang yang bersederhana pun cantik..Malah lebih cantik dari orang yang berlebih-lebih..Saya setuju dengan Cik Nadia nie.. ^_^

1 comment:

Unknown said...

hehe..ade jumpa tak pompuan cam tue??hehe..mesti ade kan..hik3