Pemilik Cintaku !

Assalamualaikum and hello reader (s).


Waktu mengikuti program mara hujung tahun lepas, saya tinggal beberapa hari di hostel. Rasa bosan sememangnya tak dapat dibendung. So saya lepak la dalam surau kat hostel. Tempat kegemaran saya sebab tempat tue yang paling tenang yang saya rasakan sejak saya menjejakkan kaki di kolej. Saya cari buku-buku yang ustaz Mueez sediakan dalam surau tue. tapi tak jumpa. Saya cari lagi. terjumpa sebuah buku. "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". 




Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.


Seriously, air mata saya mengalir tika membaca buku nie.


Saya sedih kerana saya tidak dapat menikmati nikmat yang dinikmati wanita dalam buku tue. Saya sedih kerana saya tidak memiliki keimanan yang tinggi seperti wanita itu. Tapi saya bersyukur saya masih punya iman dan berpeluang untuk berubah. 


p/s: alangkah bertuahnya beliau. . .


kbai. Wasalam

No comments: